About Me

Sepintas lalu tentang diri saya. Nama saya Abdul Jalil Omar (013-723 0430). Sekarang saya bertugas sebagai pensyarah di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (sebelum ni KUiTTHO). Berasal dari Gurun, Kedah. Orang rumah berasal dari marang, Terengganu. Tu salah satu sebab kereta saya plat T. Sebab utama saya ingin let go kereta ni ialah kerana akan pegi sambung belajar dalam bulan July atau awal Ogos 2007 ni.

Sejarah kereta tu saya beli dari seorang pengarah yang amat menjaga hal kebajikan kereta-keretanya. Masa saya beli tu dia ada lagi dua kereta iaitu Nissan Xtrail dan Fiat Punto dan juga dia pegi mana-mana pakai driver. Dia amat jaga kereta tu. Servis kat proton tiap-tiap bulan. cuma selepas saya ambik kereta tu saya servis di bengkel yang servis kereta perdana UTHM. Pakar dalam hal-hal perdana ni. Klu orang proton tak boleh solve problem perdana dia boleh solve. Jika nak tau dengan lebih detail boleh call dia tanya.

dscn2240.jpg

Sebab utama saya membeli kereta tu ialah untuk keselesaan travel. sebab nak balik kampung pun jauh. Hujung dunia. Bila kita travel dengan kereta yang lebih selesa tak rasa penat sangat dan bila sampai hari ni esok tak rasa sakit badan. Akan tetapi ada faedah sampingan yang saya boleh dapat dari guna kereta Perdana V6 ni. Tapi semua ni bergantung atas pendapat individu.

Selama saya pakai kereta ni tak pernah bagi masalah kat saya. Cuma kereta ni perlu diservis mengikut jadual. Yang lain takde masalah. Ada yang kata perdana bermasalah gearbox tu saya tak setuju sebab selama saya guna ok aje. mungkin bergantung kepada jenis pemanduan pemandu dia kut. Klu bawak kereta macam nak pegi race apa jenis kereta pun boleh lingkup.

dscn2187.jpg

Lagi satu mungkin plat kereta ni cantik TY1818. First owner yang tukar plat ni. Plat asal katanya TAA XXXX. Dia kata plat ni saja boleh beli motorsikal sebuah. Ada orang nak beli tapi dia tak jual. Dia jual sekali dengan kereta ni sebab saya sungguh-sungguh minat dengan kereta dia. Mula2 dulu dia taknak jual kereta ni. Tapi selepas buat muka sedih dia setuju nak jual. Lepas tu beli Honda Accord yang baru. Begitulah serba sedikit tentang saya dan kereta tu.

8.jpg

Jika nak tau dengan lebih lanjut mengenai kereta ni sila klik disini atau button kat atas sebelah kiri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: